Friday, July 9, 2010

10 menarik Sepanyol



meh nk cite ckit sal spain...bf aku punye team...huhuhu...ensemkan??

  1. ay

    . Fernando Torres memulakan karier selaku penjaga gol tetapi berubah kepada penyerang selepas kehilangan dua gigi depannya akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan bola.

  2. Perkataan Inggeris yang paling disukai Torres ialah 'deffo'. Dia terlalu taksub dengan budaya British selepas dua tahun di Liverpool dan tahun lalu, dia hampir dilanggar kereta ketika melintas jalan di Madrid kerana sistem jalan raya di kedua-dua tempat itu berbeza.
  3. . Vicente Del Bosque adalah anak lelaki kepada seorang pekerja landasan kereta api di Salamanca. Vicente adalah orang pertama sepanjang tiga generasi Del Bosque yang tidak bekerja di sektor membabitkan kereta api.
  4. Makanan kegemaran Joan Capdevila ialah sandwic Nutella - dengan tambahan keju.
  5. . David Villa patah tulang femur ketika berusia empat tahun. Doktor merancang untuk menjalankan pembedahan tetapi kedua ibu bapa Villa tidak membenarkannya selepas mendapat tahu anak mereka mungkin cacat seumur hidup dan mengambil keputusan untuk membiarkan tulang yang patah itu sembuh secara semula jadi.
  6. Villa dibesarkan di kawasan perlombongan di daerah Asturias di utara Sepanyol - lokasi yang terkenal dengan pemberontakan puak berhaluan kiri sejak 1934 dan pemberontakan itu dipatahkan oleh Jeneral Franco. Nenek Villa dikenali sebagai Liberty manakala nama gelaran bapanya pula ialah Trotsky.

  7. Bintang baru, Juan Mata yang menghasilkan tiga gol di peringkat kelayakan Sepanyol, mempunyai kelulusan di dalam bidang kewartawanan dan ijazah itu diterima ketika dia sedang beraksi bersama skuad simpanan Real Madrid.

  8. Andres Iniesta mempunyai banyak nama gelaran seperti Choir Boy, Anti-Galactico, Illusionist serta Brain.

  9. . Gerard Pique dikhabarkan sedang bercinta dengan model Wales, Lisa Lazarus, tetapi kini mengalih kasih terhadap Nuria - anak seorang pemilik syarikat membekal ham.
  10. Iker Casillas masih terlalu muda apabila dia berjaya menyertai skuad utama Real Madrid dan ketika itu, dia terpaksa menggunakan kenderaan awam untuk ke sesi latihan kerana umurnya yang terlalu muda itu tidak memungkinkannya untuk mendapat lesen memandu.







No comments:

Post a Comment